» » Keluarga rayu pihak berkuasa terus kesan pesawat


ALOR SETAR - Kebanyakan keluarga penumpang Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 merayu pihak berkuasa terus berusaha keras mencari pesawat itu biarpun berdepan tempoh kritikal kerana jangka hayat bateri kotak hitam berakhir esok.

Tan Tuan Lay, 53, ibu kepada salah seorang penumpang pesawat itu, Chew Kar Mooi, 31, berkata, dia sedar usaha mencari MH370 di Lautan Hindi ternyata sukar, namun, keluarganya berharap semua penumpang serta kru dapat ditemui semula.

Ceritanya, ingatan dan rasa kerinduan terhadap anak kedua daripada empat beradik tersebut semakin menebal setiap kali menatap gambar Kar Mooi.

"Satu-satunya harapan saya mahu Mooi ditemui semula dan saya yakin semua keluarga penumpang dan kru pesawat terbabit berkongsi harapan yang sama," katanya di sini semalam. - kosmo

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply