» » Cinta empat tahun

MAJLIS akad nikah Syafiq dan Aeishah diadakan di Surau Tabung Haji Jalan Tun Razak.

Kuala Lumpur: Percintaan selama empat tahun antara pengarah termuda Malaysia Mohd Syafiq Mohd Yusof dengan Aeishah Zainal akhirnya termeterai dengan ikatan perkahwinan apabila pasangan itu selamat diijabkabulkan di Surau Tabung Haji, Jalan Tun Razak, di sini, semalam.

Majlis dimulakan dengan khutbah disampaikan bapa pengantin perempuan Ustaz Zainal Ismail, 49, dan sekali gus menikahkan pasangan berkenaan.
Tepat jam 9.50 pagi, anak kepada pengarah dan penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam itu sah menjadi suami Aeishah dengan hanya sekali lafaz.

Aeishah menerima mas kahwin RM1,000 serta hantaran termasuk minyak wangi, kasut dan gelang tangan emas dan wang hantaran berjumlah RM15,000. Pihak lelaki membawa tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak perempuan.

Dihadiri kira-kira 100 keluarga serta sahabat terdekat keluarga pengantin, Syafiq yang segak berbaju Melayu putih bersyukur kerana majlis pernikahan berjalan lancar.

Malahan, anak bongsu daripada empat beradik itu tidak kisah majlis pernikahannya berlangsung sederhana. Dia menyerahkan segala urusan persiapan kepada ibu bapanya kerana sibuk dengan penggambaran drama.

Menyingkap kembali detik perkenalan pasangan itu, kedua-duanya baru berusia 22 tahun itu kelihatan malu-malu namun tidak menolak untuk berkongsi sedikit sejarah percintaan mereka.

“Saya berkenalan dengan Aeishah ketika minggu orientasi di Kuala Lumpur Metropolitan Univerisity College (KLMUC) pada 2010. Dia teman wanita pertama saya. Selepas dua bulan, saya terus bawa dia berjumpa keluarga.

- HM

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply