» » Tayar kapal terbang meletup

GAMBAR dari jarak dekat menunjukkan muncung depan pesawat itu.

PHILADELPHIA, Amerika Syarikat - Tayar depan sebuah kapal terbang yang membawa 149 penumpang dan lima kru meletup semasa ia bergerak dengan laju untuk berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa di sini petang kelmarin.

Muncung pesawat yang dalam penerbangan ke Fort Lauderdale, Florida itu menyentuh rumput selepas ia terbabas di tepi landasan selepas tayar tersebut meletup.

Menurut laporan berita CNN, seorang penumpang yang menaiki pesawat syarikat U.S Airways itu mengalami kecederaan ringan.

Semua penumpang pesawat Airbus 320 itu kemudian dipindahkan selepas kejadian tersebut berlaku.


(Foto/news.nationalpost)

"Tayar pendaratan depan patah di atas landasan. Pesawat itu kemudian terbabas. Asap putih kelihatan selama tujuh hingga 10 minit," kata seorang saksi yang duduk di dalam lapangan terbang tersebut.

"Pesawat saya telah terhempas. Kami nyaris mati," kata seorang penumpang, Hannah Udren di sebuah laman sosial. - Agensi

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply