» » Mini RTC jadi pusat jualan barangan pertanian


KULAIJAYA 23 Feb. - Kesemua 213 Mini Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang terdapat di seluruh negara akan turut dijadikan sebagai pusat penjualan barang-barang pertanian luar bandar.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, usaha menjadikan Mini RTC itu sebagai pusat penjualan barang pertanian merupakan inisiatif kementerian membantu usaha mengurangkan kos sara hidup rakyat.

"Ini adalah kerana, barang-barang pertanian termasuk ikan yang dijual di Mini-Mini RTC seluruh negara adalah jauh lebih murah berbanding tempat lain," katanya kepada pemberita selepas hadir pada majlis prapelancaran RTC Johor di sini hari ini.

Beliau memberi contoh bagaimana sekilogram cili di Mini RTC Kelantan boleh didapati pada harga di antara RM6 dan RM7, berbanding di tempat lain di antara RM11 dan RM12 sekilogram. - BERNAMA

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply