PARIS: Juara empat kali, Barcelona dan juara Perancis, Paris Saint-Germain mengukuhkan peluang untuk mara ke suku akhir Liga Juara-juara awal pagi tadi apabila masing-masing menang pada perlawanan peringkat pertama bagi pusingan kedua.
Barcelona menjinakkan kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City 2-0 dengan gol menerusi penalti oleh Lionel Messi dan gol lewat Dani Alves, hanya lapan minit selepas pertahanan Argentina, Martin Demichelis dibuang padang pada babak kedua.
PSG, yang pernah tewas kepada Barcelona pada saingan suku akhir musim lalu, membelasah kelab Jerman, Bayer Leverkusen 4-0 tetapi tidak seperti Barcelona, mereka mendahului 3-0 pada babak pertama termasuk dua gol menerusi Zlatan Ibrahimovic.
Perlawanan City dan Barcelona agak tegang pada minit ke-53 apabila Demichelis mengasari Messi tetapi rakaman televisyen menunjukkan ia berlaku di luar kotak penalti.
Bagaimanapun, pengadil Sweden, Jonas Eriksson memberikan sepakan penalti dan memerintahkan Demichelis keluar padang. - AFP
No comments: