» » Kim Swee hilang tiga tonggak



Apek, Piya, Ahmad Fakri bersama Kelantan terbabit Piala AFC

Kuala Lumpur: Tiga tonggak Kelantan ini, Khairul Fahmi Che Mat, Badhri Radzi dan Ahmad Fakri Saarani hampir pasti tiada dalam kesebelasan utama skuad Harimau Malaya berdepan Filipina pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Selayang, Sabtu ini.

Pemangku jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee membayangkan kemungkinan itu selepas mengambil kira faktor keletihan dialami mereka selepas perlawanan Piala AFC membabitkan pasukan diwakili menentang Yangon United di Myanmar, esok dan dijadual hanya kembali ke tanah air pada Khamis.
“Lagi pun saya sudah tahu kemampuan Apek (Khairul Fahmi) manakala Piya (Badhri) dan Fakri pula mungkin saya akan turunkan sebagai pemain gantian saja bertemu Filipina kerana sudah pasti mereka beraksi penuh bertemu Yangon United.


“Bagi tiga pemain Selangor iaitu Farizal Marlias, Bunyamin Umar dan S Kunanlan, tiada masalah sangat kerana Selangor bertemu Arema di Selayang saja dan mereka boleh kembali pada Rabu (esok),” katanya selepas menyaksikan pemainnya menjalani ujian kecergasan yoyo di Institut Sukan Negara (ISN), Bukit Jalil, dekat sini, petang semalam.

Ujian yoyo

Dalam pada itu, mengulas mengenai tahap kecergasan pemain kebangsaan pada ujian berkenaan, Kim Swee berkata, ia memuaskan.

“Saya tak boleh kata tidak memuaskan atau terlalu memuaskan. Lagi pun mereka sudah mengharungi perlawanan bersama pasukan masing-masing sejak bulan lalu.
Hanya sejumlah pemain tak berapa cergas seperti Aidil Zafuan Radzak yang terlepas beberapa perlawanan kerana cedera selain Asraruddin Putra Omar yang baru beraksi dua perlawanan selepas pulih.

“Ujian yoyo ini pula dibuat supaya saya dapat menyimpan rekod mereka dan apabila tugasan akan datang, kita boleh membuat perbandingan terhadap tahap kecergasan mereka,” katanya.

Sesi latihan penuh skuad kebangsaan bakal bersambung di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang ini dengan Kim Swee masih terus memberi fokus mencari gandingan tengah terbaik menjelang aksi terakhir Kelayakan Piala Asia 2015 bertemu Yaman di Al-Ain, UAE, pada 5 Mac ini.

“Saya mahu lihat kombinasi terbaik di bahagian tengah. Saya rasa dalam dua atau tiga hari akan nampak dan ia akan diuji ketika bertemu Filipina, Sabtu ini,” katanya.

- BH

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply