Ini bukan satu gurauan, di China, ada orang yang dibayar untuk menghidu bau kentut orang lain bagi menentukan penyakit yang dihadapi mereka berdasarkan baunya.
Malah profession yang 'ditakuti' ramai itu dibayar dengan gaji yang amat memuaskan iaitu kira-kira AS$50,000 (RM167,000) setahun.
(Foto/kotaku)
Dengan menghidu bau gas yang keluar dari rektum seseorang, pakar bau ini dapat menentukan penyakit dengan tepat.
Bau kentut yang terlalu busuk menunjukkan jangkitan bakteria di dalam usus pesakit. dan bau ikan atau daging mentah menunjukkan jangkitan di bahagian organ pencernaan atau mungkin petunjuk berlakunya pendarahan atau tumor di bahagian permukaan usus.
Manakala kewujudan bau bawang putih atau kucai dalam kentut pula mendakan seseorang itu terlalu banyak makan sehingga menyebabkan keradangan pada bahagian usus besar dan kecil.
No comments: