» » Keadaan banjir di Beaufort semakin pulih



BEAUFORT 19 Feb. - Keadaan banjir di daerah ini semakin pulih apabila mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan menurun kepada 1,766 orang hari ini daripada 1,871 orang petang semalam.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Beaufort, setakat 9 pagi ini, empat pusat pemindahan masih dibuka iaitu Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beaufort III, Dewan Baru Beaufort, Dewan Kampung Kukut dan Dewan SMK Gadong.

Paras air Sungai Padas kembali normal dan tiada bacaan dibuat setelah bacaan terakhir semalam pada 8.26 meter berbanding sebelum ini pernah mencecah 9.20 meter yang melebihi paras bahaya 8.70 meter, kata jurucakap itu ketika dihubungi.

Dua pusat pemindahan Dewan Sri Dayang Lumadan dan surau Kampung Sungai Bukau ditutup semalam. - BERNAMA

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply