LAHAD DATU – Seorang penternak terkejut selepas mendapati kelahiran seekor anak kambing ternakannya bermata satu di Kampung Busul, dekat sini Khamis lalu.
Pemilik kambing berkenaan, Mohd. Ismail Abdullah, 55, berkata, anak kambing berwarna hitam itu lahir kira-kira pukul 2.30 petang dan mempunyai berat kurang daripada satu kilogram.
Katanya, dia pada mulanya tidak menyedari mengenai keganjilan pada haiwan ternakannya sehinggalah kambing itu dibersihkan.
"Saya terpaksa menunggu hampir setengah jam sebelum anak kambing dilahirkan.
"Ketika membersihkannya, saya terkejut apabila mendapati anak kambing ini hanya ada satu mata yang terletak di bahagian tengah muka," katanya ketika ditemui di sini semalam.
-kosmo
Topics: Dalam Negara
About Admin
Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Privacy Policy for arkibterkini.blogspot.com/ If you require any more information or have any questions about our privacy policy, ple...
-
Calon STPM penggal 1 2014 boleh membuat semakan keputusan mulai 17 Februari 2014. Semakan secara atas talian akan dibuka bermula pada j...
-
Mohammed Islam (kanan) mula bergiat dalam bidang pelaburan saham melalui Internet sejak usia sembilan tahun. – AGENSI NEW YORK 15 Dis. ...
-
AMALAN makan sebiji epal 30 minit sebelum makan dapat membantu mengurangkan rasa lapar. Mahu menurunkan berat badan? Amalkan makan epal...

No comments: