Kuala Lumpur: Berikutan kurang daripada satu peratus rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas menukar MyKad, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mempergiatkan kempen kesedaran di seluruh negara.
Dalam tempoh tiga bulan sejak dilancarkan pada November lalu, hanya 900 daripada 1.1 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas memohon menukar MyKad baru sejak program My18.
Manakala hanya 800 daripada 64,122 penduduk yang mencapai usia 12 tahun baru menukar ke MyKad menerusi program My12.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Janisah Mohd. Noor, walaupun bilangan yang menukar masih kecil tetapi itu cuma fasa pertama program itu.
“Kebanyakan mereka menukar kad pengenalan selepas pihak kami mengadakan program kesedaran di sekolah, universiti, kolej dan kilang.
“Sasaran bagi program My18 ialah sebelum rakyat Malaysia melepasi 25 tahun, manakala program My12 sebelum mereka melepasi 16 tahun,” katanya.
- HM
No comments: