» » Dua juta terima BR1M dalam tempoh 20 hari



KUALA LUMPUR - Kira-kira dua juta penerima bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2014) yang tidak mempunyai akaun bank, akan menerima baucar secara berperingkat-peringkat dalam tempoh tidak melebihi 20 hari bermula 23 Februari ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, agihan kepada penerima yang tidak mempunyai akaun itu akan dilakukan para pemimpin di kawasan Parlimen masing-masing.

"Walaupun agihan kepada penerima tanpa akaun bank akan ambil masa kerana ia melibatkan jumlah yang besar, kerajaan ingin melaksanakan pemberian baucar dalam tempoh tidak melebihi 20 hari.

"Ini adalah kerana rakyat amat memerlukan bantuan ini sekarang dan tidak perlu menunggu lama untuk menikmati bantuan kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kos sara hidup," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Seramai 5.4 juta penerima BR1M yang mempunyai akaun bank pula akan menerima terus bantuan berkenaan dalam akaun mereka pada 22 Februari ini. -kosmo

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply