KUALA LUMPUR 24 Feb. - Celcom Axiata Bhd. melantik juara grand slam empat kali, Maria Sharapova sebagai duta jenama Celcom First Elite sempena majlis pelancaran baru-baru ini bagi pelan perkhidmatan keutamaan.
Ketua Pegawai Pemasarannya, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, keperibadian Sharapova dan prestasinya di padang melambangkan matlamat Celcom untuk
menjadi jenama yang terus berusaha dalam menawarkan inovasi terkini dan penyelesaian kepada pelanggan.
"Sharapova merupakan personaliti yang sangat dihormati dan pelantikan ini bukan sahaja mewakili matlamat Celcom malah menjadi pilihan pelan perkhidmatan keutamaan yang mempunyai daya tarikan kepada semua tetapi turut juga kepada
pelanggan setia Celcom yang mempunyai nilai daya ketahanan yang tinggi, cita
rasa bergaya dan keanggunan memikat seperti Sharapova," katanya. - BERNAMA
No comments: