» » » » Produk Baru: Akhirnya konsol game ditunggu tiba




Teka-teki akhirnya terjawab apabila Sony mula menjual konsol game yang ditunggu-tunggu, PlayStation 4 (PS4) pada 20 Disember ini dengan harga pasaran RM1,799.

Turut dijual, satu lagi konsol mudah alih, PSVita (versi WiFi) yang akan mula dipasarkan seawal 6 Disember ini dengan harga RM859.

Kedua-duanya kini boleh ditempah mulai sekarang.

Selain itu, produk ketiga yang dijual termasuk PSVita TV dengan harga RM689 bersama ‘joystick’ DualShock3 bermula 16 Januari 2014.

Pada ciri terbaru dalam mesin konsol PS4, Sony sedia menyepadukan kemampuan permainan teknologi pengkomputeran ‘cloud’ dan membolehkan permainan diakses daripada pangkalan data dalam talian.

Konsol PS4 baru mempunyai kuasa grafik berprestasi tinggi yang diberkuasakan AMD Radeon lengka dengan GPU 1.84 TFLOPS, CPU x86-64 AMD Jaguar dan fungsi lapan core yang menyediakan game lebih pantas dan keupayaan sosial di Internet.

Malah, joystick DualShock4 baru dengan pilihan warna hitam, biru atau merah mempunyai kuasa tanpa wayar yang lebih peka.

Turut diperkenalkan, kamera PlayStation, stesen pengecas DualShock4 dan tempat letak PS4 yang masing-masing berharga RM249, RM119 dan RM99.

INFO

PS4
Harga: RM1,799
Warna: Hitam
Pemprosesan: Cip tunggal AMD Radeon
CPU: x86-64 AMD Jaguar, 8 core
GPU: 1.84 TFLOPS
Memori: GDDR5 8GB
Dimensi: 275 x 53 x 305mm
Berat: 2.8kg
Pemacu luar: DVD, Blu Ray
USB: USB 3.0
Rangkaian: ethernet, bluetooth 2.1
Output AV: HDMI port out

PSVita TV
Harga: RM469
Joystick: DualShock3 (harga pakej RM689)
Dimensi: 6.5 ◊ 10.5sm
Kesesuaian: Membenarkan 600 perisian game untuk PSVita

PSVita WiFi
Harga: RM859
Warna: Hitam, hijau/putih, biru/putih, merah jambu/hitam, khaki/hitam
Harga: RM859
CPU: ARM Cortex(TM)-A9 core (4 core)
GPU: SGX543MP4+
Memori: 512MB
VRAM: 128MB
Dimensi: 183.6 x 85.1 x 15.0mm
Berat: 219g
Skrin: 5 inci, 960 x 544 piksel
Tanpa wayar: IEEE 802.11b/g/n (n = 1x1)(Wi-Fi), Bluetooth 2.1+EDR (A2DP/AVRCP/HSP)
Memori dalaman: 1GB
Bateri: 2210mAh

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply