» » Kerjasama projek RM148j



Selayang: Bina Puri Properties Sdn Bhd (Bina Puri), anak syarikat Bina Puri Holdings Sdn Bhd menandatangani perjanjian kerjasama dengan Sentosa Jaya Development Sdn Bhd (Sentosa Jaya) untuk membangunkan projek apartmen berservis, Sentosa Residence dengan nilai pembangunan kasar RM148.7 juta.

Pengerusinya Tan Sri James Foong Cheng Yuen berkata, projek membabitkan pembinaan 399 unit residen, 10 (kedai) dan 11 (pejabat) itu dijangka memulakan pembinaan pada suku kedua tahun hadapan dan siap pada 2017. “Sehingga kini, kami menerima tempahan 20 peratus daripada pembeli dengan anggaran nilai RM24 juta dalam tempoh empat bulan selepas permohonan diluluskan pihak berkuasa,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian antara kedua-dua pihak di sini, baru-baru ini.

Projek Sentosa Residence dibina atas tanah seluas 4,291 kaki persegi dan terletak berdekatan bandar Kota Bharu iaitu dalam daerah Kubang Kerian. Projek hartanah mewah itu menyaksikan Bina Puri bertindak sebagai pemaju dan memegang kepentingan 60 peratus manakala Sentosa Jaya pula pemilik hartanah dengan pegangan 40 peratus. Foong berkata, Sentosa Residence menawarkan reka bentuk berasaskan seni bina Islam dan diyakini mampu menawarkan pilihan kepada warga Kelantan untuk memiliki hartanah di Kota Bharu. “Projek ini dibina dengan struktur satu bangunan dan dibahagikan kepada empat anjung setinggi 28 tingkat. Ia turut menawarkan lima tingkat eksklusif melalui pembinaan 40 unit penthouse.

“Sentosa Residence memiliki empat pilihan reka bentuk kediaman dengan saiz keluasan bermula daripada 628 hingga 1,066 kaki persegi, unit pejabat (1,590 kaki persegi) manakala unit kedai (1,236 kaki persegi)),” katanya. - HM

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply