JPJ buka kaunter Jumaat dan Sabtu ini
KUALA LUMPUR 21 Nov. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka pejabat negeri dan cawangannya di Kedah, Terengganu dan Kelantan esok bagi menguruskan kerja yang tertangguh.
Menurut Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad, di negeri lain pejabat itu dibuka Sabtu ini.
"Waktu perkhidmatan kaunter di semua pejabat ini akan beroperasi seperti biasa mulai jam 7.45 pagi," kata dalam kenyataan di sini hari ini.
Urusan kerja JPJ tertangguh ekoran berlakunya peralihan sistem komputer SIKAP sebelum ini ke sistem mySIKAP. - BERNAMA

No comments: