» » ‘Hadiah ulang tahun paling bermakna’

Siti NURHALIZA (dua dari kiri) bersama Khalid (kiri) menyampaikan sumbangan banjir kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang ditemani isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Banjir yang melanda negara baru-baru ini mendorong penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menghadiahkan wang tunai sebanyak RM310,000 kepada mangsa banjir di Pantai Timur bagi meringankan beban mereka.

Siti Nurhaliza yang menyambut ulang tahun ke-36 berkata, keputusan itu dilakukan selepas beliau begitu tersentuh dan dapat merasai kesengsaraan penduduk yang terlibat dalam bencana terburuk dalam sejarah negara ini.

Wang bernilai RM310,000 merupakan hasil sumbangan beberapa pihak termasuk daripada pihak Yayasan Nurjiwa miliknya dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

“Siti anggap sambutan ulang pada tahun ini cukup bermakna apabila hadiah wang tunai bernilai RM310,000 yang disalurkan menerusi Yayasan Nurjiwa dapat disumbangkan kepada mereka yang tidak bernasib baik.

“Saya berharap sumbangan ini dapat membantu meringankan derita yang ditanggung,” ujarnya pada majlis sambutan ulang tahun ke-36 di The Banquet Hall, Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur malam tadi.-KS

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
This is the most recent post.
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply