» » Russia naikkan kadar faedah dari 10.5 ke 17 peratus


Rusia mengambil langkah terbesar dengan menaikkan kadar faedah kepada 17 peratus berbanding 10.5 peratus, berkuatkuasa hari ini bagi mempertahankan mata wang ruble yang semakin merudum.

Tindakan tersebut adalah untuk mengelakkan krisis ekonomi yang lebih teruk melanda negara tersebut.

Pengumuman mengejutkan itu dibuat oleh bank pusat Rusia kira-kira jam 1 pagi waktu tempatan.

Langkah tersebut merupakan kenaikan kadar paling besar yang pernah dibuat Rusia sejak 1998 apabila ketika itu, negara berkenaan terpaksa menaikkan kadar faedah sebanyak 100 peratus dan kerajaan pula dibelenggu hutang.

Berita terbaharu itu mendorong kenaikan nilai ruble dalam dagangan Asia.

Bagaimanapun terdapat sesetengah pihak berpendapat peningkatan kadar faedah ketika ekonomi Rusia sedang bergelut dengan krisis akibat sekatan oleh barat dan kejatuhan harga minyak global bakal memburukkan lagi keadaan.

"Tindakan ini menunjukkan Rusia menyerahkan nasib pertumbuhan ekonominya demi untuk menyelamatkan sistem kewangan.

"Ini adalah satu tindakan yang betul tetapi sukar untuk dilaksanakan," kata pengasas Firebird Management LLC yang berpangkalan di New York.

Setakat ini Rusia telah membelanjakan $80 bilion daripada rizab tukaran asingnya dalam cubaan untuk mempertahankan ruble, namun tindakan tersebut gagal apabila mata wang berkenaan jatuh sebanyak 64 berbanding satu dolar Amerika buat pertama kalinya semalam.

Kemuruduman ruble telah menyebabkan krisis Rusia pada 1998 yang turut memberi kesan kepada pasaran kewangan lain seluruh dunia.- MG

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply