» »Unlabelled » Jurujual jumpa ‘janin’ di tandas

INIlah objek yang ditemui seorang jurujual di hadapan tandas sebuah pasar raya di Bachang kelmarin.


MELAKA – Seorang gadis terkejut apabila menemui seketul objek berdarah sebesar hati ayam disyaki janin di hadapan pintu sebuah tandas wanita di sebuah pasar raya dekat Bachang di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, gadis yang merupakan seorang jurujual, Norhaslia Hafian, 19, ketika ditemui berkata, dia menjumpai objek itu ketika keluar dari salah sebuah tandas di situ.

“Sebelum saya masuk ke tandas, tiada apa-apa yang pelik saya nampak di atas lantai depan pintu-pintu tandas lain. Tapi, semasa saya ber­ada dalam tandas saya dengar bunyi pintu tandas sebelah dihempas kuat.

“Apabila saya keluar saya terkejut jumpa objek berdarah seakan-akan hati ayam, berdarah atas lantai depan tandas tersebut,” ceritanya ketika ditemui wartawan Kosmo! di sini semalam.

Menurut gadis itu, cemas melihat objek tersebut dia kemudian memaklumkan perkara itu kepada seorang rakan dan pengawal keselamatan pasar raya sebelum menghubungi polis.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah ketika dihubungi mengesahkan laporan mengenai penemuan objek tersebut.

Katanya, pihak polis sedang menjalankan siasatan sebelum mengesahkan objek yang ditemui itu janin atau sebaliknya.

“Kita telah mengambil objek itu untuk dianalisis. Pemeriksaan awal mendapati objek tersebut sebesar hati ayam,” katanya ketika dihubungi semalam. -kosmo

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply