» » Najib ziarah Haron Din di IJN


KUALA LUMPUR 12 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarahi Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.

Najib yang tiba pada jam 1.30 tengah hari meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama Haron yang menerima rawatan di IJN sejak seminggu lalu.

Haron, 73, kelihatan ceria sambil ditemani anaknya Dr. Huda Haron dan menantu, Dr. Azlin Azzuddin.

Turut serta pakar perunding kardiologi IJN Datuk Dr Amin Ariff Nuruddin. - BERNAMA

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply