» » mySIKAP beroperasi sepenuhnya Julai ini


Johor Bahru: Prestasi sistem pengkomputeran mySIKAP yang digunakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dijangka stabil dan dapat beroperasi sepenuhnya Julai ini.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, sistem berkenaan ketika ini sudah berada pada tahap 90 peratus dan semakin bertambah baik.

Menurutnya, pelanggan JPJ kini tidak lagi perlu menunggu lama berbanding sebelum ini.

"Bagaimanapun, orang ramai perlu faham dengan keadaan yang dihadapi dalam proses peralihan sistem ini," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan JPJ di sini, tadi.

- HM

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply