JOHOR BAHRU: Polis Johor akan menubuhkan satu unit khas dikenali sebagai Unit Ninja di semua daerah di negeri ini bagi memerangi jenayah jalanan khususnya membabitkan jenayah ragut.
Ketua Polis Negeri Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, unit khas ini akan diwujudkan memandangkan kajian mendapati hampir 50 peratus jenayah yang berlaku di negeri ini adalah berpunca dari jenayah jalanan iaitu peragut.
"Kita juga dapati peragut-peragut ini sangat berkait rapat dengan penagihan dadah dan arahan supaya menambahkan ahli Ninja dalam pasukan sudah saya keluarkan di semua daerah,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan lapan buah kenderaan pacuan empat roda di sini hari ini.
Mokhtar berkata pasukan Ninja itu tidak akan memakai lambang polis bagi memudahkan pasukan berkenaan menjalankan rondaan.
"Dengan penyamaran ini, kita berharap dapat mempertingkatkan operasi dalam memerangi jenayah ragut ini. Saya juga memberi arahan kepada bahagian Narkotik supaya menangkap penagih-penagih dadah ini pada setiap hari," katanya.
Selain itu, beliau berkata penyerahan kenderaan-kenderaan itu merupakan komitmen kerajaan dari aspek pelaburan keselamatan dalam membantu pihak polis melaksanakan tugas.
"Bukan sahaja sumber manusia diperlukan tetapi prasarana juga penting dalam membanteras jenayah terutamanya dalam menghadapi kawasan yang sukar seperti ladang kelapa sawit dan kawasan berbukit," katanya.
Mokhtar berkata, dengan bantuan yang diberikan itu, diharapkan semua anggota dapat bekerja dengan bersungguh-sungguh dan mempertingkatkan rondaan serta memberikan keyakinan kepada masyarakat setempat.
Kesemua lapan kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara dan tiga buah Toyota Hiace menelan perbelanjaan kira-kira RM718,000 dan akan diagihkan kepada enam buah Ibu Pejabat Polis Daerah iaitu Kluang, Batu Pahat, Segamat, Mersing, Kota Tinggi dan Ledang. - Bernama
Topics: Dalam Negara
About Admin
Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Norshahrul Idlan Talaha (dua dari kanan) mula menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaya di Petaling Jaya, semalam setelah melapor di...
-
Privacy Policy for arkibterkini.blogspot.com/ If you require any more information or have any questions about our privacy policy, ple...
-
KUALA LUMPUR: Terdapat kira-kira RM47 juta wang caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Guru (KWSG) yang masih belum dituntut, persidangan ...
-
CHELSEA berjaya mendapatkan khidmat bekas pemain tengah Arsenal, Cesc Fabregas dari Barcelona dengan kontrak selama lima tahun. Pemain be...
No comments: