» » Pendaftaran Rumawip boleh dilakukan dalam talian


PUTRAJAYA 23 Feb. - Kementerian Wilayah Persekutuan hari ini melancarkan portal Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) untuk memudahkan orang ramai mendaftar jika ingin mendapatkan rumah sendiri.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, portal itu memudahkan kementerian mengumpul data tentang pihak yang ingin membeli atau telah membeli rumah mampu milik.

"Melalui data dalam portal tersebut, kita mengetahui berapa banyak lagi rumah diperlukan dan kini pihak Putrajaya Holdings serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencari tanah-tanah yang boleh dibangunkan untuk pembinaan rumah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan portal tersebut serta program Kenduri 1Wilayah di Kompleks Futsal 1Malaysia di sini hari ini yang turut dihadiri timbalannya, Datuk Dr Loga Bala Mohan.

Orang ramai yang ingin melayari portal tersebut boleh berbuat demikian dengan memasuki laman sesawang Kementerian Wilayah Persekutuan. - BERNAMA

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply