» » Bom Perang Dunia Kedua ditemui di Belgrade

 (Seorang Petugas kecemasan memeriksa bom Perang Dunia Kedua yang tidak meletup di pusat bandar Belgrade. Foto: AFP)

BELGRADE 9 Dis. - Sebutir bom tinggalan Perang Dunia Kedua yang masih lagi aktif ditemui di pusat bandar Belgrade dan telah dialihkan hari ini, bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.

Perdana Menteri Serbia, Ivica Dacic berkata, bom milik tentera Jerman seberat satu tan itu mengandungi kira-kira 620 kilogram bahan peledak.

Bom itu, yang ditemui ketika kontraktor sedang menjalankan kerja-kerja pembinaan di Dorcol, turut memaksa pihak berkuasa memindahkan kira-kira 20 orang penduduk yang berada di kawasan sekitar.

“Bom berkenaan jika meletup boleh memusnahkan keseluruhan kawasan berkenaan dan kita tak mahu perkara tersebut berlaku,’’ kata Dacic kepada pemberita. - AFP

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply